VISI

Berkesan, bestari, bersih, selamat, terancang dan tambah nilai. Menjadikan SM St. John Tuaran sebagai sebuah institusi yang melahirkan modal insan yang berilmu tinggi dan menaik tarafkan kehidupan komuniti ke arah persaingan di peringkat global melalui pembudayaan ICT.

MISI

1. Mewujudkan budaya ICT untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan pengurusan sekolah.
2. Menyediakan pasarana ICT untuk meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran serta pengurusan sekolah.
3. Memberi peluang dan galakkan kepada setiap warga sekolah untuk mengembangkan potensi diri secara maksimum untuk menyumbang dan membantu sekolah ke arah menghadapi cabaran masa depan.

PELAN TINDAKAN DAN PERANCANGAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

A. PENGGUNAAN ICT

      • Mewujudkan tanggungjawab dan kerjasama di kalangan pelajar-guru untuk menjaga keselamatan peralatan ICT sepanjang masa.
      • Meningkatkan tahap kebolehgunaan prasarana ICT sekolah bagi membolehkan  ianya dapat digunakan secara berkesan.
      • Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan  pelajar dengan cara memberi tugasan yang menggunakan ICT seperti rujukan internet, penghantaran tugasan menggunakan email, blog dan sebagainya.
      • Pengemaskinian Laman Web supaya maklumat terkini dapat diakses oleh warga sekolah dan masyarakat umum.

      B. MODAL INSAN
        • Menganjurkan kursus komuniti sekolah melalui PIBG bagi meningkatkan kefahaman dan penggunaan ICT.
        • Mengadakan kursus dalam perkhidmatan, kursus perkembangan staf, coaching and mentoring dan sesi klinikal yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap kompetensi dan kemahiran guru dan kaki tangan sekolah menerusi ceramah/laman web.
        • Memberi Latihan dan bengkel dalam menggunakan kemudahan ICT sekolah seperti penggunaan Laman Web, I-Kit, Smart Board dan sebagainya.
        • Menyediakan kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran AJK ICT untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keberkesanan penggunaan ICT.

        C.  APLIKASI
          • Meningkatkan penggunaan Web-based dalam urusan pengurusan dan P&P melalui Portal Sekolah dan portal bersesuaian yang terdapat dalam Internet.
          • Pelajar boleh menggunakan perisian aplikasi dan 'freeware' dalam aktiviti pembelajaran mereka.
          • Kadar kebolehgunaan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar dan tugasan harian menggunakan perisian aplikasi dan 'freeware' adalah tinggi.
          • Membangunkan aplikasi dan meningkatkan kecekapan dalam urusan penilaian, pemantauan dan rekod oleh guru (P&P) dan pengurusan & pentadbiran sekolah.

          D. INFRASTRUKTUR
            • Meningkatkan 100% keupayaan akses jaringan intranet dan internet ke semua kawasan sekolah
            • Meningkatkan ratio di antara bilangan komputer dengan pelajar.
            • Menyediakan Blog/Kiosk Komuniti dalam menggalakan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam ICT dan  hubungan yang baik dengan sekolah.